Wednesday, September 2, 2015

Buat Baik Balasannya Baik

Selepas berusaha selama 12 jam memadamkan kebakaran sebuah gudang, Tim Young baru terperasan yang sahabatnya, Paul Hullings belum menjamah suatu apa pun. Lalu mereka menuju ke sebuah kedai makan di Delran, New Jersey untuk bersarapan. Pelayan mereka, Liz Woodward, terdengar perbualan mereka mengenai kebakaran tersebut. Bila kedua anggota bomba itu hendak membayar bil makanan, Liz memberikan mereka sekeping nota."Izinkan saya belanja sarapan saudara berdua."
Tim Young yang tersentuh dengan tindakan Liz telah memuat naik kisah itu ke laman Facebook sambil menggalakkan para pengikutnya menyokong perniagaan kedai makan tersebut dan berharap mereka memberikan tip yang besar jika Liz yang melayan. Ramai orang yang berkongsi kisah tersebut. Tidak lama kemudian Tim Young dapat tahu yang Liz sedang mengadakan kutipan derma bagi membeli sebuah van untuk bapanya yang terpaksa berkerusi roda selepas diserang penyakit aneurysm otak. Lantas Tim Young menggesa orang lain turut sama membantu.
Bakti yang ditunjukkan oleh Liz akhirnya sampai ke pengetahuan stesen televisyen ABC News dan kempen "Woodward Strong" berjaya mengutip $70,252 dari 1,221 penderma.Liz rasa sangat bersyukur dengan nasib yang diterimanya.

No comments:

Post a Comment