Friday, September 4, 2015

Aylan Kurdi Dalam Kenangan

Foto yang telah menjadi viral di seluruh dunia dan paling menyentap hati. Jenazah Almarhum Aylan Kurdi, 3 tahun, anak Syria yang terdampar di Pantai Bourdoum, Turki setelah bot yang mereka naiki karam.Foto ini adalah lambang KEMANUSIAAN YANG TERHAKIS, lambang KEKEJAMAN BASYAR AL ASSAD YANG BERLARUTAN SEJAK 2011. Dia, abangnya Almarhum Ghalib, 5 tahun, Almarhumah ibu, Rehan dan bapa bertolak dari Syria dengan bot bersama harapan besar untuk membina hidup baru di Eropah, serta melarikan diri dari kekejaman rejim Bashar dan sekutunya. Namun ALLAH SWT jugalah sebaik-baik Perancang. Dia menamatkan penderitaan mereka dan membawa mereka kembali ke sisi-Nya.
Hancur luluh hati Abdullah Kurdi yang gagal menyelamatkan ahli keluarganya. Tiada lagi suara-suara manja yang sering mengajaknya bermain bersama. Dia sudah tidak punya sesiapa lagi. Mungkin kerana itu dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke Syria, membawa kesemua jenazah ahli keluarganya untuk dikebumikan di Kobani, sempadan Turki-Syria, ketika pihak berkuasa Turki menangkap 4 orang yang disyaki terlibat dengan pemerdagangan migran. Abdullah keberatan untuk menerima tawaran Kanada supaya berhijrah ke negara berkenaan kerana dia ingin berada berdekatan dengan pusara ahli keluarganya yang tersayang.
Wahai burung syurga, damailah kamu di sana, di sisi Dia Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.

No comments:

Post a Comment