Tuesday, September 15, 2015

Pampasan Dari Raja Saudi

Susulan dari tragedi kren tumbang di Masjidilharam, Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi telah menggantung Syarikat Pembinaan Ben Laden (pemilik kren dan projek), dari semua kerja-kerja yang sedang berjalan, projek-projek dinilai semula dan dilarang menyertai projek akan datang di Saudi sehingga semua siasatan lengkap dan hukuman dikenakan.
Kelayakan syarikat itu akan disemak semula dalam pembidaan projek akan datang. Ini kerana menurut siasatan awal, kren yang tumbang itu diletakkan di tempat yang salah dalam posisi yang tidak selamat. Semua kakitangan projek yang terbabit dilarang dari meninggalkan Arab Saudi sehingga semua siasatan tamat.
Raja Salman juga membayar pampasan Riyal 1 juta (RM 1.14 juta) kepada waris si mati, pampasan Riyal 1 juta lagi bagi yang cedera sehingga menyebabkan kecacatan kekal, di samping pampasan Riyal 500 ribu (RM573 ribu) bagi tercedera yang lain. Dua orang dari waris si mati dijemput khas untuk menunaikan haji jemputan Diraja pada tahun 1437H. Semua jemaah haji yang cedera sehingga tidak mampu menunaikan haji dengan baik pada tahun ini dipelawa untuk kembali menunaikan haji pada tahun hadapan dengan pakej jemputan Diraja. Ahli keluarga mangsa yang terlantar di hospital diberi VISA khas untuk menunggu di Saudi dan diberi perhatian khas sehingga mereka pulang ke negara masing-masing.

No comments:

Post a Comment