Friday, September 4, 2015

Majlis Ilmu Dan Janji Allah

Hadirilah majlis ilmu secara istiqamah untuk meraih janji Yang Maha Pencipta.
Allah akan kurniakan SAKINAH iaitu KETENANGAN. Kita mungkin ada kesenangan tetapi kesenangan tanpa ketenangan tidak bererti apa-apa. Kita ada rumah besar. Itu kesenangan tetapi rumah yang dapat dijadikan 'Baiti Jannati' itulah ketenangan. Kita ada anak dan isteri tetapi mendapat anak soleh dan isteri solehah itulah ketenangan.
Allah akan kurniakan SA'ADAH iaitu KEBAHAGIAAN. Bahagia tidak terletak pada harta, nama, apalagi pada rupa. Kebahagiaan itu berkait rapat dengan soal hati. Hati yang dekat dengan Allah itulah hati yang bahagia dan tabah. Hati itu akan tabah menghadapi ujian.
Allah akan kurniakan MAGHFIRAH iaitu KEAMPUNAN. Kita sering berdosa. Tiada manusia tanpa dosa. Semua buat dosa sama ada dosa itu besar atau kecil, sengaja ataupun tidak sengaja. Dosa tersebut kalau Allah tidak ampunkan boleh menjadi sebab kita terjebak ke api neraka yang azabnya amatlah dahsyat. Duduk di majlis ilmu boleh menyebabkan dosa kita diampunkan Allah.
Allah akan tinggikan DARJAT. Di dunia ini masing-masing ada pangkat. Ada pangkat raja, menteri besar, pengurus, penyelia kilang, dan juga operator biasa. Yang kita cari ialah pangkat di sisi Allah. Duduk di majlis ilmu In sya Allah darjat kita ditinggikan Allah menerusi ilmu dan iman. Apabila kita dapat ilmu In sya Allah kita dapat suluh diri untuk memperbaiki diri kita, selanjutnya dari situlah darjat kita ditinggikan.[Zon Kuliah]

No comments:

Post a Comment