Sunday, May 3, 2015

Thamsil Ikan Dibakar Dan Neraka

Seekor katak nampak nelayan sedang memancing. Si katak segera masuk ke dalam air menegur ikan yang sedang memakan umpan nelayan itu. "Jangan makan cacing, ini perangkap. Kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api, mereka akan makan kau." Katak tahu semua ini sebab ia memang selalu berada di atas darat dan melihatnya. Tetapi ikan tidak ambil endah teguran si katak dan terus makan umpan itu. Ikan di sentap dan ditarik naik ke atas. Ikan terkejut, ia nampak apa yang dikatakan oleh katak adalah benar. Ia sangat menyesal, tetapi tidak ada peluang untuk kembali ke dalam air.
Keadaan sama berlaku pada manusia. Bila ada orang beritahu keadaan kita di dalam kubur, di padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, titian sirat, kita ambil tidak endah sahaja. Bila sudah mati, hijab akhirat dibuka.Kita nampak manusia yg dibakar atas api, diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yang berlaku di atas darat. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat dengan perkara yang sia-sia, terutamanya bab akidah Islam. Semoga Allah beri kita kefahaman

No comments:

Post a Comment