Wednesday, May 6, 2015

Doakan Hidayah - Bukan Doakan Musnah

Beberapa bulan lalu, Kathrin Oertel mengumpul ribuan pengikut menerusi Pergerakan Pegida yang dipimpinnya, menuduh kebanjiran pemohon suaka dan Muslim di Eropah dan Jerman menyebabkan masalah timbul. Namun pada Khamis lalu menerusi satu mesej video yang diterbitkan di Facebook, Oertel mengejutkan para penyokongnya apabila beliau MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PEMOHON SUAKA DAN MUSLIM SERTA MENGAKU TUDUHAN PERGERAKAN PEGIDA ITU TERSASAR. Hakikatnya, semua migran dan Muslim hidup aman dan sudah berasimilasi dengan masyarakat Jerman dan amat menghormati budaya dan undang-undang tempatan. Beliau kesal kerana menimbulkan kebencian di kalangan rakyat tempatan ke atas para migran. Beliau berharap suatu dialog dapat diadakan bagi menghapuskan semua prasangka buruk. Sebelum mengkritik pihak lain dan menjadikan mereka "kambing hitam", diri sendiri harus muhasabah dahulu. Kathrin Oertel menjelaskan beliau tidak lagi menentang Islam dan kini sedang berjuang demi keamanan dunia dan bersedia menjadi jambatan penghubung di kalangan masyarakat.
Arnoud van Doorn, ahli politik Belanda yang membantu menerbitkan filem konversi menonjolkan Islam sebagai agama yang mempromosi keganasan berjodol "FITNA" telah selamat menunaikan fardu haji selepas melafazkan syahadah awal tahun ini. Beliau sangat-sangat menyesal atas semua tindakannya yang lalu dan bercita-cita hendak menerbitkan sebuah lagi filem yang memaparkan Islam dalam suasana lebih positif.Ketika berdiri di hadapan makam Rasulullah s.a.w. beliau berharap air mata taubatnya dapat membersihkan semua dosa itu. Iktibar yang boleh digali dari semua ini JANGAN PUTUS ASA PADA MANUSIA PENENTANG. MENDOAKAN MEREKA DIBERI HIDAYAH ADALAH LEBIH BESAR DARIPADA MENDOAKAN KEMUSNAHAN MEREKA.

No comments:

Post a Comment