Sunday, May 10, 2015

Sambutan Hari Ibu dan Bapa

Menurut Ustaz Azhar Idrus, Hari Ibu ialah hari Mother Church atau ibu gereja kristian. Kata sesetengah ulama, Nabi s.a.w. ajar kita mengingati ibu sepanjang masa. Sebaiknya sambutlah ikut cara Islam iaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yang banyak jasanya kepada kita, bukan setahun sekali.Hari Ibu dan Hari Bapa ialah hari perayaan bukan Islam. Kenapa sambut cara mereka? Mereka tidak pernah sambut awal muharram atau maulidur Rasul pun. Sabda nabi s.a.w: "Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga." Para sahabat nabi bertanya:" Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Jawab baginda Rasulullah: "Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

No comments:

Post a Comment