Sunday, May 10, 2015

Solat Tahyatul Masjid

HR Abdullah bin Yusuf mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda, “ Apabila salah saorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia ruku’ (mengerjakan solat) dua rakaat sebelum duduk.” Mazhab azh-Zhahiri menghukum solat ini sebagai wajib, tetapi jumhur ulama mengatakan ia tidak wajib cuma ia sunat muakad. Dalam hadis tersebut Nabi tidak menyebut secara khusus sunat tahyatul masjid, maka satengah ulama berpendapat memadai jika masuk masjid dengan sama ada solat sunat wuduk atau sunat qabliyah. Sheikh Mohd Husaimi berpandangan jika tidak niat kepada sunat tahyatul masjid sudah menepati hadith tersebut. Cuma yang sunnahnya ialah niatkan kepada tahyatul masjid.
Bolehkah sesaorang masuk masjid dan terus duduk kemudian bangun kembali untuk solat tahyatul masjid? Jawapannya boleh seperti terjadi kepada seorang makmum yang masuk masjid terus saja duduk ketika Rasulullah s.a.w. berkhutbah. Nabi berhenti khutbah lalu menyuruh lelaki tersebut solat sunat 2 rakaat. Dalam hal ini pahala sunnah tidak dapat tetapi pahala sunat tayhatul masjid dia dapat.Jika setibanya di masjid azan sudah berkumandang maka memadai solat sunat qabliyah. Cuma di waktu subuh ada hadis melarang solat sunat tahyatul masjid dituruti sunat qabliyah subuh. Mana yang afdal dengar ceramah atau solat sunat tahyatul masjid kerana dengar ceramah hukumnya wajib? Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh seorang makmum bersolat sunat dahulu. Wallahu’allam. [Kuliah magrib Ustaz Mohd Zin Mohd Noh Membaca kitab ‘Fathul Bari’ Syarah Shahih al-Bukhari, Surau Tmn. Melewar]

No comments:

Post a Comment