Wednesday, May 6, 2015

Sudah Jenazah - Ingin Bersedekah

Mengapa jenazah memilih "bersedekah" jika boleh hidup kembali ke dunia? ---رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ---"Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda [kematian]ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah." (Al Munafiqun ayat 10). Mengapa dia tidak mengatakan:"Maka aku dapat melakukan solat atau puasa dan lain-lain?
Kata para ulama, "Tidaklah seorang jenazah menyebutkan "sedekah" kecuali kerana dia melihat besarnya pahala dan keutamaannya setelah dia meninggal. Oleh itu banyaklah bersedekah, kerana seorang mukmin akan berada di bawah naungan sedekahnnya.Dan, bersedekahlah atas nama orang-orang yang sudah meninggal di antara kalian kerana sesungguhnya mereka sangat berharap kembali ke dunia untuk bersedekah dan beramal soleh, maka wujudkanlah harapan mereka. Ajarkan, didik anak-anak kalian bersedekah. Dan sedekah paling utama adalah menyebar pesanan ini dengan niat sedekah. Siapa sahaja yang mengamalkan perkara ini dan mengajarkannya kepada generasi berikutnya, maka pahalanya akan kembali kepada anda jua, in sya Allah. [Kandungan ceramah Syeikh Maher al-Mueaqly hafidzahullah, Imam Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah]

No comments:

Post a Comment