Wednesday, May 27, 2015

Cara Menghalau Tikus

Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko maut. Jagalah makanan, persekitaran dan akitiviti sekeluarga setiap hari.Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, dan pastikan kediaman bersih dan bebas tikus. 1.DAUN PANDAN memiliki wangian yang menyedapkan bau ruang kediaman dan mengelakkan kehadiran tikus. 2. Peliharalah KUCING di rumah yang merupakan musuh utama tikus! 3. Ambil dua atau tiga biji BUAH MENGKUDU. Potong menjadi beberapa bahagian. Letakkan dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah. 4. Sapukan minyak daun MINT (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. 5. KAPUR BARUS (DryobalanopsAromatica) dihancurkan kasar-kasar dan taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus. 7. Letakkan potongan kulit BUAH DURIAN udian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus.

No comments:

Post a Comment