Sunday, May 3, 2015

Adab Berada Di Bilik Mandi atau Tandas

Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal anak-anak Adam berada di bumi. ‘‘Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,’’ kata Iblis.Allah SWT berfirman; ‘‘Tempat tinggalmu adalah bilik mandi/ tandas.’’ (HR. Bukhari).
Dari situlah kemudiannya Iblis menggoda setiap orang yang memasuki kediamannya, contohnya berlama-lama di dalam bilik mandi/tandas, menyanyi, bermain-main air, membisikkan seseorang supaya kencing sambil berdiri, membiarkan baju kotor tergantung dalam bilik mandi, membuatkan seseorang lupa berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi/tandas, mengambil wuduk sambil telanjang, menconteng dinding bilik mandi/tandas,merancang kejahatan, dan sebagainya. Oleh itu, berhati-hatilah, segerakan keperluan dan cepat-cepat keluar dari sana. Doa masuk kamar mandi:"Allaahumma inni a‛udhubika minal-khubutsi wal-khabaa’its." ...ertinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari syaitan lelaki dan syaitan perempuan”.Dahulukan kaki kiri ketika hendak masuk dan dahulukan kaki kanan ketika hendak keluar. Dan jangan lupa bersuci. Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment