Monday, May 4, 2015

Belum Islam Bina Musolla

Ketika berada di Timor Leste, Ustaz Ibrahim, Amirsab Abdul Rahman,Haji Mohammad Musa,Ustaz Ubai dan Abang Haji Razali hendak membina sebuah musolla di kawasan pergunungan Brema.
Seluruh penduduk kampung di situ telah Murtad, kecuali Pak Abu Bakar dan sahabatnya.
Untuk ke kawasan pergunungan Brema mereaka menaiki sebuah pikap kecil 4x4 dengan perjalanan melebihi 10 kilometer melalui jalan raya dan selepas itu terpaksa berjalan kaki menuruni denai, mendaki gunung, melintas sawah Padi serta meredah belantara, barulah sampai ke destinasi.
Semasa membina musolla beberapa orang Kristian Pribumi turut membantu kerana kasihan melihat mereka bertungkus lumus membina musolla dengan hanya beberapa kerat tenaga kerja. Mereka bertanya, "Buat apa kamu bina musolla sini.Orang Islam dah tak ada lagi, cuma Pak Abu Bakar dan kawannya sahaja".
Jawab Ustaz Ibrahim, "Tak apa. Semoga dengan adanya musolla nanti kampung akan jadi makmur." Balas orang-orang Kristian itu lagi, "Kesian Ustaz, buat musolla tak ada orang datang Solat.
Kalau begitu biar kami masuk Islam..." Allahuakhbar....Hidayah memang tidak boleh difikir dengan akal...Apa yang kita perlu buat....Korbankan harta, korban masa...maka Allah akan buka Pintu Hidayah.

No comments:

Post a Comment