Sunday, May 3, 2015

Aku Tak Nak Mati

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : "Setiap manusia yang meninggal dunia pasti menyesal." Para sahabat bertanya, "Menyesal disebabkan apa Ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambah kebaikannnya. Jika dia orang jahat, dia menyesal kerana tidak berhenti dari kejahatannya" (Riwayat al-Tirmizi)
SAMA dan SERUPA tempat kita apabila sudah tidak bernyawa, walaupun semasa hayat berbeza kedudukan, pangkat dan harta. Pun begitu harus diingat, yang dikatakan SAMA dan SERUPA itu hanyalah pada pandangan mata, pada hakikat yang nampak nyata. Nilainya amat berbeza..! Ada yang gelap, ada yang terang, ada yang sempit dan ada yang lapang, ada tetamu daripada pelbagai binatang yang bertandang tanpa diundang, menggigit, membelit yang sakitnya bukan alang-kepalang. Ada yang tinggal selesa hingga kiamat mendatang dan ada yang jasad serta rohnya terseksa hingga kiamat menjelang. Marilah kita berubah dan bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Semoga hidup dan mati dalam barakah. In sya Allah.

No comments:

Post a Comment