Saturday, May 16, 2015

Mukmin Di Bumi Nihon

Orang Jepun mementingkan kesempurnaan dalam kehidupan sehari-hari seperti mengamalkan kebersihan, menepati waktu, berakhlak mulia. Bayangkan betapa indahnya apabila kesempurnaan ini bersatu dalam diri seorang insan berketurunan Jepun bernama AHMAD ABU HAKEEM MAENO yang mengenali Islam ketika menjadi pelajar pertukaran (exchange student) di Australia, di tengah-tengah kehebohan media dunia yang menggelarkan Islam sebagai agama golongan fanatik dan teroris.
Apa yang dilihatnya pada diri golongan Islam di Australia langsung tidak menggambarkan apa yang kerap dibacanya dalam media cetak juga media elektronik. Menerusi mereka, beliau mendalami semua aspek agama Islam dan mendapati semua CIRI-CIRI MUKMIN yang diutamakan oleh agama Islam SAMA SEPERTI KESEMPURNAAN YANG MEMANG TELAH MENJADI JATIDIRI BANGSA JEPUN. Lantas, Naoki Maeno meninggalkan pegangan Shinto yang dianutinya sejak lahir dan memeluk Islam pada Januari 1994 di Jepun dalam usia 18 tahun.Baginya menjadi Muslim adalah sesuatu yang sangat "cool". Kini dia mengabdikan masanya menjadi tenaga pengajar dan pendakwah di Masjid Hira, Chiba.
Pada awalnya Islam datang sebagai suatu cara hidup yang asing di tengah-tengah masyarakat jahiliah Quraisy. Pada zaman fitnah duhaima' ini ia kembali menjadi asing. Namun, AHMAD ABU HAKEEM MAENO menungkah arus melawan keasingan ini dengan menegakkan ajaran Islam di tengah-tengah amalan kemungkaran yang kini telah menjadi kebiasaan. Allah menjanjikan martabat yang tinggi dan ganjaran yang banyak lagi istimewa bagi hamba-Nya yang tetap berada di jalan yang lurus.

No comments:

Post a Comment