Tuesday, May 5, 2015

7 Tingkatan Nafsu

Syeikh Muhammad Nawawi Al-Jawi membagi nafsu dalam 7 tingkatan yang dikenal dengan istilah “marotibun- nafsi”. Tempat-tempat di mana nafsu ini bersemayam dalam dunia sufi biasa dinamakan sebagai “lathifah”, iaitu satu titik halus dalam diri kita yang keberadaannya tersebar.Berikut penjelasan beliau tentang nafsu, tempat dan tentera-tenteranya:
(1) NAFSU AMMARAH tempatnya adalah “ash-shodru” ertinya dada, pasukan-pasukannya ialah--- 1. Al-Bukhlu ertinya kikir 2. Al-Hirsh ertinya tamak 3. Al-Hasad ertinya hasad 4. Al-Jahl ertinya bodoh 5. Al-Kibr ertinya sombong 6. Asy-Syahwat ertinya keinginan duniawi
(2) NAFSU LAWWAMAH tempatnya adalah “al-qolbu” ertinya hati, setepatnya dua jari di bawah susu kiri, pasukan-pasukannya ialah --- 1. Al-Laum ertinya mencela 2. Al-Hawa ertinya bersenang-senang 3. Al-Makr ertinya menipu 4. Al-’Ujb ertinya bangga diri 5. Al-Ghibah ertinya mengumpat 6. Ar-Riya’ ertinya pamer amal 7. Az-Zhulm ertinya zalim 8. Al-Kidzb ertinya dusta 9. Al-ghoflah ertinya lupa
(3) NAFSU MULHIMAH tempatnya adalah “Ar-ruh” tepatnya dua jari di bawah susu kanan, pasukan-pasukannya ialah --- 1. As-Sakhowah ertinya murah hati 2. Al-Qona’ah ertinya merasa cukup 3. Al-Hilm ertinya murah hati 4. At-Tawadhu’ ertinya rendah hati 5. At-Taubat ertinya taubat atau kembali kepada Alloh 6. As-Shobr ertinya sabar 7. At-Tahammul ertinya bertanggungjawab
(4) NAFSU MUTHMAINNAH tempatnya adalah “As-Sirr” ertinya rahsia, tepatnya dua jari dari samping susu kiri ke arah dada, pasukan-pasukannya ialah --- 1. Al-Juud ertinya dermawan 2. At-Tawakkul ertinya berserah diri 3. Al-Ibadah ertinya ibadah 4. Asy-Syukr ertinya syukur atau berterima kasih 5. Ar-Ridho ertinya redha 6. Al-Khosyah ertinya takut melanggar larangan
(5) NAFSU RODHIYAH tempatnya adalah “Sirr Assirr” ertinya sangat rahsia, tepatnya di jantung yang berfungsi menggerakkan seluruh tubuh, pasukan-pasukannya ialah --- 1. Al-Karom 2. Az-Zuhd ertinya zuhud atau meninggalkan keduniawian 3. Al-Ikhlas ertinya ikhlas 4. Al-Waro’ ertinya meninggalkan syubhat 5. Ar-Riyadhah ertinya latihan diri 6. Al-Wafa’ ertinya tepati janji
(6) NAFSU MARDHIYAH tempatnya adalah “Al-khofiy” ertinya samar, tepatnya dua jari dari samping susu kanan ke tengah dada, pasukan-pasukannya ialah --- 1. Husnul Khuluq ertinya baik akhlak 2. Tarku maa siwalloh ertinya meninggalkan selain Alloh 3. Al-Luthfu bil kholqi ertinya lembut kepada makhluk 4. Hamluhum ‘ala sholah ertinya mengurus makhluk pada kebaikan 5. Shofhu ‘an dzunubihim ertinya memaafkan kesalahan makhluk 6. Al-Mail ilaihim liikhrojihim min dzulumati thoba’ihim wa anfusihim ila anwari arwahihim ertinya mencintai makhluk dan cenderung menarik perhatian mereka bagi dikeluarkan dari kegelapan (keburukan) watak dan jiwa ke arah bercahayanya roh mereka.
(7) NAFSU KAMILAH tempatnya adalah “Al-Akhfa” ertinya sangat samar, tepatnya di tengah-tengah dada, pasukan-pasukannya ialah --- 1. Ilmul-yaqiin 2. Ainul-yaqiin 3. Haqqul-yaqiin
Dan tidak ada jalan yang terbaik untuk membersihkan segenap nafsu ini selain zikir. Para ulama thoriqoh mengajarkan metod zikir terutama dzikir nafi itsbat (laa ilaaha illalloh) yang tekniknya mengatur aliran zikir ke seluruh lathifah-lathifah. (Ihya`ulumudin Juz 3)

No comments:

Post a Comment