Wednesday, December 14, 2016

Tiada Tempat Untuk Handphone Di Kaabah


Pemain bola sepak tidak pernah bawa handphone masuk padang ketika bertanding sebab tidak ada kepentingan. Mereka hanya fokus pada permainan. Justeru, kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah atau Masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus atau khusyuk daripada solat?

Mulai sekarang, belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone, netbook, dan laptop ketika dalam rumah Allah, kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah. "Jaga adab kita dengan Allah."

Syeikh Abdurrahman As Sudais, Imam Masjidil Haram, di suatu masa ketika mengimamkan solat di depan Kaabah, beliau mendengar suara alunan muzik dari salah satu handphone milik seorang jemaah yang turut bersolat di belakangnya.

Setelah selesai solat beliau bangkit sambil menangis, dan berkata kepada jemaah solat,"Saya belum pernah mendengar muzik di rumah saya, tetapi hari ini saya mendengar muzik di rumah Allah".

No comments:

Post a Comment