Monday, December 5, 2016

Solat Hajat Dapat Jodoh



Kisah Seorang Guru Wanita:

"Saya seorang guru perempuan di salah sebuah sekolah swasta, dan belum berumahtangga… Waktu itu, usia saya 30 tahun dan dikatakan sudah sangat sesuai untuk berumahtangga…. Mulanya saya biasa saja, namun kemudian SAYA MULAI RESAH DAN GELISAH… Ramai kawan saya sudah berumahtangga….

Suatu malam, selesai solat Maghrib, entah bagaimana saya berdoa: “YA ALLAH, HANYA ENGKAU YANG MAHA TAHU WAKTU YANG TEPAT UNTUK HAMBA BERTEMU JODOH... Berilah petunjuk yang dapat mempersatukan hamba dengan jodoh yang terbaik dari sisi-Mu”…. Saya merasa sedikit tenang…

Kemudian, saya menuju ke rak buku, sementara menunggu solat Isya… Tiba-tiba mata saya tertuju pada sebuah buku bertajuk “SOLAT HAJAT”... Saya membaca beberapa halaman buku tersebut… Terdapat petunjuk yang menyatakan bila dikerjakan solat ini, maka apa pun hajat, akan dikabulkan Allah….

Sejak itu, SETIAP MALAM SAYA LAKUKAN SOLAT HAJAT MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR DITEMUKAN JODOH SAYA…. Namun setelah beberapa lama, belum ada tanda-tanda datangnya jodoh saya… Tanpa putus asa, saya lakukan terus solat sunat tersebut, TANPA RASA JEMU...

Setelah hampir 3 bulan, suatu hari rakan sepengajian saya menelefon… Lelaki… Dia memberitahu bahawa kawannya memberikan nombor telefon saya kepadanya…. Dia sekedar bertanya khabar dan menanyakan keadaan saya…

SELEPAS ITU TIGA EMPAT KALI DIA MENELEFON, bertanya khabar, dan beberapa hal lain… Saya tidak menyangka apa-apa…. Selepas dua minggu, dia menelefon lagi dan menyatakan ingin berkahwin dengan saya…

Saya terkejut…. SUBHANALLAH! APAKAH INI JAWAPAN DOAKU?... Diringkaskan kisah, kedua-dua pihak keluarga bersetuju, dan tidak lama selepas itu kami pun melangsungkan perkahwinan, dalam satu upacara yang sederhana…..

Pengalaman saya ini saya kongsikan dengan beberapa orang rakan, semoga menjadi MOTIVASI KEPADA MEREKA, DAN JUGA YANG BELUM BERKAHWIN… AMALKANLAH SOLAT SUNAT HAJAT…. Niatkan kerana Allah, Insya Allah apapun yang hajat yang baik, akan dikabulkan oleh Allah... Wallahu a’lam"

(Dari FB Ustaz Ramli Joned)

Foto hanya hiasan

No comments:

Post a Comment