Saturday, December 24, 2016

Kita Fikir Orang Fikir Tak Sama


Dulu Fuad Latip fikir bahawa orang lain perlu fikir sama macam beliau fikir kerana pada fikirannya "Takkanlah perkara yang 'common sense' pun orang itu tak boleh fikir."

Kemudian, selepas dari saat itu,beliau memahami bahawa beliau tidak harus fikir orang lain tahu sama macam beliau tahu. Sebab beliau juga tidak tahu semua yang seseorang itu tahu.

Contoh:

Suami/isteri: Kadang-kadang kita terasa hati atau juga marah-marah kerana suami/isteri kita tidak mampu faham apa yang kita inginkan.

Isteri mengharapkan suami tolong dia kemaskan rumah bersama-sama dengannya, tetapi suami duduk rilek menonton TV. Lalu isteri merajuk atau marah-marah kerana suami tidak mahu membantu sedangkan isteri tidak pernah MENYUARAKAN kehendak kepada suaminya. "Abang ni duduk je dari tadi. Tak nampak ke saya sorang-sorang kemas rumah?"

Suami mengharapkan isteri bancuhkan air setelah dahaga membersihkan kawasan rumah. Suami marah-marah.."Takkanlah tak bancuh air untuk abang. Takkanlah tak nampak abang ini penat".

Alangkah indah andainya kita memahami bahawa apa yang kita fikir kadang-kadang tak sama dengan apa yang difikirkan oleh pasangan ataupun kawan kita yang lain pada saat itu.

Oleh itu mintalah dan suarakanlah dengan baik kepada mereka mengenai apa yang kita perlukan. Jangan bosan walaupun kadang-kadang terpaksa berkali-kali meminta hal yang sama pada lain masa.

No comments:

Post a Comment