Monday, December 19, 2016

Pinjam Musibah Orang



Ini pengalaman seorang netizen, Amiruddin Wong. Suatu hari Amiruddin pergi ke kedai makan untuk mengalas perut. Semasa dia tiba di kedai makan, terlihat seorang penguatkuasa sedang meletak saman ke atas kereta yang parkir secara illegal. Pegawai itu sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Selesai kerja, dia pun beredar.

Sejurus kemudian datang sebuah kereta yang juga memparkir secara illegal. Pemandunya turun, pergi ke salah sebuah kereta yang kena saman, diambilnya kertas saman orang itu dan diletakkan pada keretanya. Agaknya untuk mengelakkan dari disaman. Pinjam pakai saman orang.
Kononnya nak elak saman, dipinjam pakai...

Bila selesai makan Amiruddin Wong pun masuk ke keretanya. Kereta yang pinjam saman tadi sedang ditarik. Untuk elak musibah, pinjam musibah orang lain. Mengaib orang lain sebab hendak elak musibah, akhirnya dapat musibah lebih berat.

Harga saman parkir illegal hanya RM10 kalau dibayar di kaunter pada hari yang sama. Harga towing dan stor kereta RM 300. Ke mana perginya akhlak dia?

Semoga kita sabar menghadapi segala ujian Allah S.W.T. dan berakhlak baik. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment