Friday, December 16, 2016

Pejuang Kemanusiaan Myanmar


Dr Maung Zarni adalah seorang aktivis kemanusiaan Myanmar yang beragama Buddha. Beliau adalah graduan daripada Harvard University dan pernah menjadi fellow di London School of Economics.

Beliau dibenci dan ditolak oleh pemerintah dan rakyat Myanmar kerana memperjuangkan hak kemanusiaan etnik Rohingya. Beliau kini tinggal dalam buangan di luar negara. Beliau sendiri tidak dibenarkan balik ke Myanmar ketika kematian ayahnya dan kini ibunya pula sedang sakit di Myanmar.

Dr Maung Zarni adalah musuh politik kepada Aung Sun Suu Kyi dan apatah lagi kepada pihak tentera Myanmar yang telah bertindak zalim kepada etnik minoriti Rohingya sejak beberapa dekad yang lalu.

Dr Zarni berkata bahawa,"Walaupun pengorbanannya tidak dihargai pada zaman ini tetapi sejarah di masa depan akan dibaca bahawa di sana rupa-rupanya ada aktivis Buddha rakyat Myanmar yang bangkit berjuang untuk mempertahankan hak Muslim Rohingya yang ditindas".

Tahniah Dr Maung!

(Sumber FB)

No comments:

Post a Comment