Thursday, December 22, 2016

Kelebihan Basmallah




Dari Abu Hurairah Radiallahu Anha berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW.: Setiap urusan atau perkara yang tidak dimulakan dengan bacaan Bismillahir Rahman Nirrahim, maka terputuslah dari berkat. (Riwayat Al Imam Ibnu Majjah)

Telah diceritakan dalam sebuah kisah, syaitan gemuk berjumpa dengan syaitan kurus, lalu bertanya, " Mengapa engkau jadi begini?"

Syaitan kurus menjawab, "Ini kerana seorang lelaki apabila dia masuk ke rumahnya dia membaca Bismillahir Rahman Nirrahim, dan apabila dia keluar rumah, dia membaca Bismillahir Rahman Nirrahim, apabila dia makan dia membaca Bismillahir Rahman Nirrahim, apabila dia minum dia membaca Bismillahir Rahman Nirrahim. Sebab itulah aku lari daripadanya. Kenapa keadaanmu berbeza dengan keadaan diriku?"

Syaitan gemuk menjawab, "Ini kerana seorang lelaki, apabila dia masuk kerumahnya, dia tidak membaca Bismillahir Rahman Nirrahim, apabila dia makan, minum dan apa jua perbuatan yang dilakukannya dia tidak membaca Bismillahir Rahman Nirrahim, maka aku bersekutu dan bergabung dengannya serta aku naik di atas tengkuknya seperti binatang."

Fadilat membaca Basmallah, antaranya:

Pertama: Sesiapa yang membaca Bismillahir Rahman Nirrahim maka dia akan mendapat banyak kebaikan, dan dinaikkan darjat dan kedudukan di sisi Allah.

Kedua: Sesiapa yang membaca Bismillahir Rahman Nirrahim, nescaya Allah Subhanahu Wata'ala menjadikan setiap huruf yang dibacanya itu sebagai pelindung dari azab Malaikat Zabaniah.

Ketiga: Sesiapa yang membaca Bismillahir Rahman Nirrahim, pasti syaitan akan lebur sebagaimana leburnya timah diatas api.

Semoga bermanfaat. Semoga kita sentiasa rajin meraih keredhaanNYA melalui ibadah2 kita.

{Kredit Amiruddin Wong]

No comments:

Post a Comment