Wednesday, June 10, 2015

Ulama Umara Dan Rakyat

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bermaksud: “Seorang hamba yang dianugerahi jawatan untuk mengurus rakyat, kemudian dia menipu mereka, tidak menasihati dan tidak mengasihi mereka, maka tidaklah bagi dia kecuali Allah HARAMKAN SYURGA baginya.” Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda, mafhumnya: “ Dua golongan di kalangan umatku apabila mereka bersikap baik maka baik umat seluruhnya, dan apabila mereka buruk maka buruklah seluruhnya, iaitu golongan UMARA (penguasa) dan golongan ULAMA (ahli cerdik pandai).”
“Sesungguhnya kerosakan rakyat disebabkan oleh kerosakan para PENGUASA, dan kerosakan penguasa disebabkan kerosakan ULAMA, dan kerosakan ulama disebabkan kerosakan CINTA HARTA dan KEDUDUKAN, dan barang siapa dikuasai oleh cinta duniawi dia tidak akan mampu menguruskan RAKYAT, apa lagi penguasanya ALLAH sebagai tempat meminta segala persoalan.” (Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin, Juz II, hal. 381).
Ali bin Abi Talib r.a. pernah berkata: “Kekuasaan dapat bertahan di atas kekufuran tetapi tidak akan mampu bertahan di atas KEZALIMAN.”
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu), Allah berfirman: "Sesungguhnya aku melantik kamu menjadi Imam manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)." Allah berfirman: "Permohonan kamu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." (Surah Al Baqarah ayat 124). (Dakwah #27)
Penguasa dambaan rakyat ialah yang menunjukkan cara hidup penuh sederhana. Ini menimbulkan perasaan kebersamaan di kalangan orang-orang yang dipimpinnya. Jika penguasa mempamerkan sikap boros dalam hal-hal peribadi, rakyat marhaen akan rasa benci kerana perbezaan taraf kehidupan itu. Mereka terpaksa berhempas pulas demi kelangsungan hidup, dan penguasa diandaikan mengambil kesempatan di atas kedaifan mereka.
“Apabila secara kebetulan kamu menjadi orang yang dekat dengan penguasa, maka berhati-hatilah kamu seolah-olah kamu sedang berdiri di atas pedang yang tajam sekali.” (Imam al-Ghazali).

No comments:

Post a Comment