Wednesday, June 3, 2015

Sudahkah Kita Bersyukur?

RINTIHAN: `Malangnya nasib, anak perempuanku hamil di luar nikah.“ MOTIVASI: `SYUKUR PADA ALLAH, aku ada anak sedangkan orang mandul tak ada seorang anak pun. SYUKUR PADA ALLAH, walaupun anakku hamil luar nikah, dia tidak membuang bayinya. Anakku sudah menyesal dengan ketelanjurannya. Akan aku ajar dia cara bertaubat nasuha, mendidik dia menjadi hamba Allah yang soleh dan redha dengan hukuman yang Allah tentukan untuknya. Semoga dia menjadi ahli syurga.
RINTIHAN: `Bertahun-tahun aku bekerja, tapi selalu saja kesempitan duit. Anak sulungku lulusan universiti masih lagi menganggur.“ MOTIVASI: `SYUKUR PADA ALLAH, aku ada kerja. Aku akan cuba cari ilmu mengurus kewangan, dan belajar hidup dalam keadaan serba cukup. SYUKURLAH PADA ALLAH, anakku berjaya ke menara gading sedangkan ramai yang gagal masuk ke sana. Anakku patut menggunakan apa saja kemahiran yang ada untuk menjana pendapatan. Tak boleh harap makan gaji semata-mata, dia harus jadi usahawan.“
RINTIHAN: `Sedihnya, sakit lutut ini menyulitkan aku berjalan.Kenapa Tuhan jadikan aku begini?“ MOTIVASI: `SYUKUR PADA ALLAH, ini cuma sakit lutut. Aku masih boleh berjalan pakai tongkat. Orang yang tak ada kaki langsung lagi lebih teruk. SYUKUR PADA ALLAH, aku boleh merasa sakit. Orang lumpuh lebih malang sebab tak dapat merasa nikmat sakit. SYUKUR PADA ALLAH, dosa-dosaku dibersihkan ketika diberi musibah sakit seperti ini. Aku terselamat dari pergi ke tempat maksiat. Selama ini aku banyak menerima nikmat daripada Allah, termasuk nikmat sihat. Jika aku bersabar dan bersyukur dengan musibah ini, Allah tentu akan ringankan masalahku, menggantikannya dengan yang lebih baik dan ditambah lagi dengan nikmat lain.
RINTIHAN:`Apalah nasib aku dapat isteri cantik tapi tak pandai masak. Hari-hari makan rebusan saja. Aku nak juga makan makanan yang lazat macam orang lain. MOTIVASI: `SYUKUR PADA ALLAH aku ada isteri, cantik pulak tu.Ada tempat berkongsi serba serbi. Dia juga memberikan aku zuriat. Aku beruntung kerana anak-anak ini bakal mendoakan aku semasa aku sudah berada di alam kubur nanti. Betapa ramai lagi orang yang hidup sendirian di luar sana. Susah, senang, sihat, sakit semua kena tanggung sendiri.Tak ada sesiapa yang akan mendoakan dan membuat kebajikan untuk mereka.SYUKUR PADA ALLAH, aku ada makanan. Pelarian Syria, Palestin dan Rohingya tak pernah tahu sama ada esok ada makanan atau tempat tinggal untuk mereka.Aku hidup dalam aman, boleh pergi ke mana saja yang aku suka, tapi mereka hidup terkurung, dalam keadaan ketakutan kerana diancam dengan kezaliman melampau.
Walaupun kita mengambil air seluruh lautan untuk dijadikan tinta, menggunakan sebanyak-banyak pokok untuk dijadikan pena bagi memuji Allah, kita tidak akan mampu menandingi nikmat yang Allah berikan kepada kita. Oleh itu zikirlah kepada Allah dengan ucapan `ALHAMDULILLAH“ sebanyak 1,000 kali atau lebih setiap hari. Lakukan juga SUJUD SYUKUR selepas solat ataupun di luar solat, dalam keadaan berwuduk dan menghadap kiblat sebagai tanda terima kasih kepada semua nikmat-Nya.

No comments:

Post a Comment