Tuesday, June 2, 2015

Lepas Solat Subuh Jangan Tidur

MENURUT para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat shubuh hingga matahari terbit, kerana waktu itu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). “Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh, sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut sehingga terbit matahari. Waktu pagi adalah waktu terbuka pintu rezeki dan datangnya barakah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah).
Di antara bahaya tidur pagi ialah 1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah. 2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci. 3. Tidak mendapatkan barakah di dalam waktu dan amalannya. 4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya. 5. Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” (Miftah Daris Sa’adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malas dan sering tidur, maka pada petang harinya dia juga akan malas-malas juga. izki. Ibnul Qayyim juga berkata, “Empat hal yang menghambat datangnya rezeki tidur di waktu pagi, sedikit solat, malas-malasan dan berkhianat. menyebabkan datang berbagai penyakit badan, di antaranya lemah syahwat. [Zaadul Ma’ad, 4/378 dan 4/222].

No comments:

Post a Comment