Tuesday, June 16, 2015

Kembalikan Tanah Rohingya

Burma ketika dahulu diperintah oleh kerajaan Islam selama 350 tahun sejak 1430.Pada tahun 1748, daerah Arakan diambil alih oleh Burman. Kemudiannya pada tahun 1824, British pula menjajah dan mengambil alih Arakan. Akhirnya daerah Arakan dimasukkan ke Burma tanpa persetujuan rakyat Arakan. Arakan merupakan satu daripada 14 wilayah di Burma dan satu-satunya wilayah yang mempunyai paling ramai muslim. Lokasi Arakan terletak 176 batu dari sempadan Bangladesh. Terdapat 7 juta daripada penduduk Muslim di Burma, hampir separuh tinggal di Arakan. Seramai 3 juta penduduk (tidak termasuk 1.5 juta etnik Rohingya yang dibunuh dan dibuang dari Burma sejak 1942). Kini, etnik Rohinya dan Maghs mempunyai jumlah yang sama supaya pemerintahan lebih mudah untuk didapati oleh kaum Maghs. Begitulah cara sesebuah bangsa yang jahat ingin merampas pucuk pimpinan orang Islam dengan mengurangkan bilangan penduduk di tanah tersebut.Taktik ini berada di mana-mana sahaja, termasuk Malaysia. Semoga Allah pelihara negara kita daripada taktik kotor dan jahat ini.

No comments:

Post a Comment