Tuesday, June 2, 2015

Berlebihan Dalam Agama

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam." (Hadith riwayat Al-Bukhari)
KETERANGAN: "Berlebih-lebihan"---Orang yang memberat-beratkan diri pada amalan agama dan bersikap keras, akan lemah dan menghentikan amalannya."Perbetulkanlah" --- Melakukan dengan cara yang betul tanpa memberat-beratkan dan mencuaikan. Ahli bahasa mengatakan ertinya ialah bersederhana dalam amalan."Dekatkanlah" ---Sekiranya tidak terdaya beramal dengan cara yang paling sempurna maka lakukanlah sekadar menghampirinya. "Bergembiralah"--- bergembira dengan ganjaran daripada amalan yang berterusan walaupun sedikit sahaja yang dilakukan. Ini bererti, tidak berkurangan ganjaran amalan orang yang tidak berupaya beramal dengan cara yang paling sempurna, sekiranya ia tidak sengajakan."Bantulah diri" --- Memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan dengan melakukannya pada waktu yang sesuai.[Fath al-Bari]

No comments:

Post a Comment