Friday, June 12, 2015

Khabarkan Kepadaku

Sunnatullah (hukum Allah) menentukan setiap manusia akan diuji dengan berbagai bentuk ujian.Ada yang diuji dengan ketakutan dan kecemasan. Ada yang diuji dengan kemiskinan dan kekurangan. Ada yang diuji dengan kesihatan dan hartanya. Ada yang diuji dengan kehilangan orang yang di sayangi. Allah menghadirkan ujian semata-mata untuk melihat siapa di antara hamba-hambaNya yang paling baik amalnya. Al Quran menyebutnya dengan istilah “ahsanu amalan”- amalan yang baik ataupun di sebut juga “ashwabuhu wa akhlashuhu “ yakni yang paling benar dan paling ikhlas amalnya. Dengan kehadiran rangkaian ujian maka akan terlihat dengan jelas: siapa yang mudah mengeluh, siapa yang mudah meratapi nasib, siapa yang menyalahkan keadaan. Barangsiapa yang teguh menjaga imannya dengan redha setulus hatinya meski Allah belum berhenti mengujinya, maka dia menjadi orang yang paling banyak mendapat pertolongan Allah dan yang amat di kasihi-Nya. Jadilah seorang yang memiliki hati yang Qalbun Mahdiy, iaitu hati yang redha dengan ketetapan(qada) dan takdir (qadar) Allah serta berserah diri kepada-Nya. Barangsiapa yang beriman kepada Takdir Allah maka Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.
Puasa dan sedekah sangat ampuh untuk menghapuskan dosa dan menjauhkan dari api neraka.Sahabat Muaz bin Jabal meriwayatkan hadis Rasulullah saw:"Sedekah memadamkan kesalahan dan dosa saperti air yang memadamkan api. " Abu Darda pula meriwayatkan hadis Rasulullah saw:"Solatlah dua rakaat di tengah malam kerana di dalam kubur itu gelap.Puasalah di siang hari yang panas kerana padang mahsyar itu sangat panas. Bersedekahlah kerana akhirat itu ganas dan tiada simpati. Perintah berpuasa diawali dengan iman dan diakhiri dengan taqwa.Hati orang orang yang berpuasa kerana Allah mudah tersentuh bila melihat orang yang kurang berkemampuan. Tangan mereka tergerak untuk menyumbang kerana ada bisikan dari hati yang suci. Sesungguh nya apabila seseorang berpuasa kerana Allah maka seluruh anggota tubuhnya juga ikut berpuasa kerana Allah.
Ada ungkapan menuturkan:jika raja nya baik, maka rakyat nya pun baik. Namun bila rajanya buruk, maka rakyat pun buruk. Hati juga ibarat raja yang memiliki tentera iaitu mata, lisan dan perasaan. Jika ingin mengetahui hati seseorang maka lihatlah tenteranya. Baginda Rasulullah saw bersabda:"Sesungguhnya pada setiap jasad ada segumpal darah.Jika ia baik, maka baiklah semua anggota jasad itu dan jika ia buruk, maka buruklah semua anggota jasad itu."
Allah S.W.T. berfirman:--- وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ---Dan kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang ada di dalam dada. (Surah Al Hajj ayat 46)
Jagalah hati (qalbu) kerana ia selalu berubah dan berbolak-balik sehingga Rasulullah s.a.w. yang bebas dari dosa pun selalu mengulang doa ini --- يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ ---Ya muqallibal-qulub thabbit qalbi ‘ala dinik---Wahai pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku dalam agama_Mu [Tazkirah Ustazah Siti Nurbaya Usman dari Damascus]

No comments:

Post a Comment