Thursday, June 4, 2015

Golongan Masuk Syurga Tanpa Hisab

Setiap muslim bercita-cita untuk menghuni syurga al firdaus di akhirat kelak. Namun, sebilangan mereka jauh terpesong daripada menuju jalan yang lurus ke syurga Allah. Mereka lalai untuk menuju kejayaan dengan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Hamba-Nya yang taat dengan suruhan dan larangan-Nya akan berusaha sedaya mungkin mengejar kenikmatan di dunia dan di akhirat. Menurut hadis sahih yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa diazab oleh Alla. 10 golongan manusia ini dikatakan akan mempunyai wajah bercahaya seperti bulan purnama dan hati mereka semuanya sama.
Mereka yang beruntung ini adalah pertama, Ahli Al-Fadl (ahli kemuliaan) yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka. Kedua, Ahli As-Sabr (ahli kesabaran) yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah dan menghindari maksiat. Ketiga, golongan yang saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain).
Keempat, orang yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Makkah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir). Kelima, golongan menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari). Keenam, individu dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seIslamnya sehingga tertunai hajat itu dan meninggal dunia pada masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas). Ketujuh, individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a).Kelapan, orang Islam lelaki dan perempuan yang meninggal dunia pada malam dan siang hari Jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’).
Kesembilan, hamba Allah yang bersabar dengan ujian bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi). Kesepuluh, individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud). Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab. Barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itu dihisabkan dengan hisab yang sedikit. Barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dia diberikan syafaat setelah menerima ssksaannya.” Mudah-mudahan kita dipermudahkan segala urusan dan termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa dihisab. Wallahualam…[Mohdhizam Zam] "Iblis berkata: " Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka." Surah Al Hijr ayat 39-40)

No comments:

Post a Comment