Tuesday, June 16, 2015

Seikhlas Alam

Bersama derasnya hujan yang datang, tumbuh tumbuhan pun hidup subur dan lebat. Dengan kayu kayan yang dibakar, maka datanglah api yang mendinginkan udara malam di sekitarannya. Dengan meletusnya gunung berapi, maka keluarlah lahar yang panas untuk menyuburkan tanah di sekitarannya. Demikianlah yang berlaku pada alam semesta yang diciptakan Allah bagi mengajarkan kita makna keikhlasan saat menerima takdir Allah kerana keikhlasan adalah sumber ketenangan yang membawa kebaikan.
Lihatlah bagaimana pohon ikhlas merasakan kedinginan hujan untuk tumbuh subur sehingga berbuah.Lihatlah bagaimana kayu ikhlas dibakar untuk memberikan kehangatan alam sekitarnya. Lihatlah bagaimana tanah ikhlas merasakan panasnya lahar demi kesuburannya.
Ketika takdir Allah terasa menyesakkan dada, maka datanglah hawa nafsu membentuk awan mendung di dalam hati dan turunlah rintik rintik air mata kekesalan.Padahal Allah berfirman di surah Al Baqarah ayat 286:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Kerana itu bebaskanlah hati dari mendungnya hawa nafsu yang menimbulkan air mata kekesalan dan terimalah takdir Allah dengan IKHLAS. Allah memmberikan rangkaian ujian untuk menghidupkan kesabaran hamba-Nya. Allah memberikan limpahan kenikmatan untuk menghidupkan rasa syukur hamba-Nya. Sememangnya IMAN itu terdiri daripada dua bahagian iaitu SABAR dan SYUKUR. Ujian dan kenikmatan adalah cara Allah mengajarkan hamba-nya membina keimanan yang kukuh. [Ustazah Siti Nurbaya Usman]

No comments:

Post a Comment