Wednesday, June 24, 2015

SMILEY Samawi

Beberapa hari lepas kita telah menyaksikan susunan indah jasad-jasad samawi, BULAN, ZUHRAH dan MUSYTARI pada waktu Maghrib-Isyak. Tetapi jangan lupa, dua susunan menakjubkan akan berlaku pada bulan Julai 2015 nanti!Pada Maghrib, 1 Julai 2015, masuk 15 Ramadhan, planet ZUHRAH dan MUSYTARI akan berada begitu hampir antara satu sama lain. Sekali pandang, kita akan nampak kedua-duanya seolah-olah BINTANG KEMBAR di langit barat!Kedua-duanya memenuhi kawasan langit yang sama luasnya dengan Bulan! Maknanya amat 'dekat' lah tu! Kemudian pada Maghrib 18 Julai 2015, menjelang 3 Syawal, Bulan akan bersama kedua planet tadi, tetapi kali ini, rezeki kita di kawasan Malaysia dan Asia Tenggara, susunan KETIGA-TIGA objek ini, akan membentuk seperti bentuk muka senyum, atau SMILEY SENGET!
Kali terakhir SMILEY secomel ini dilihat pada tahun 1 Disember 2008 dahulu di Kuala Lumpur. Rugi kalau tak rakam kali ini! [falakonkline.net]

No comments:

Post a Comment