Tuesday, May 6, 2014

Paderi Thomas Laiden Mencari Kebenaran

PERKONGSIAN DARI FACEBOOK JMLN SANARUL

Seorang teman Kristian berkata, "Islam itu tidak wujud bagi pandangan penganut Kristian." Bagaimanapun, Paderi Thomas Laiden mempunyai jawapan tersendiri tentang Islam. Tahukah siapa itu Tomas Laiden? Dia adalah BEKAS Paderi Besar Sabah. Melalui pengalaman hidupnya, akhirnya baru terlihat maksud kata-kata teman Kristian itu tentang Islam. Ini cerita pengalaman Paderi Thomas Laiden.


KONFLIK DALAM DIRI PADERI THOMAS LAIDEN YANG TIDAK TERBENDUNG.

Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi saya diberi tanggungjawab besar iaitu mengampunkan dosa manusia.Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia.

Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam. Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi.

Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini".

Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"

Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."

Beliau berkata,"Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,"

Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa.

Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ilmuan Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ilmuan Kristian itu pembohong.

Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?"

Beliau menjawab, "Dia Tuhan."

Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."

Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"

Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."

Jadi saya katakan padanya "Kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia?"

Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas, awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian.

Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik beradik. Apabila ibu bapa saya membuat dosa, mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya. Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya. Sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.

No comments:

Post a Comment