Friday, May 2, 2014

Hijrah Atau Mati Dibunuh

Sehingga kini, ratusan ribu umat Islam di Republik Afrika Tengah (Central African Republic - CAR) telah melarikan diri ke negara jiran akibat krisis pembersihan etnik-agama di CAR. Militia Kristian di CAR telah mensasarkan umat Islam dalam satu gelombang keganasan agama. Tragedi keganasan agama di seluruh Republik Afrika Tengah telah menyebabkan kematian ramai umat Islam dan menyebabkan ratusan ribuan di kalangan mereka telah melarikan diri negara ini. Beberapa agensi bantuan kemanusiaan telah memberi amaran bahawa keganasan ini juga boleh membawa kepada bencana kebuluran dan keruntuhan ekonomi. Sebagai umat yang prohatin, kita seharusnya menyatakan kerisauan dan kebimbangan mengenai pergolakan politik, keganasan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Republik Afrika Tengah itu. Kumpulan hak asasi manusia telah melaporkan bahawa lelaki Islam , wanita dan kanak-kanak telah menjadi sasaran secara sistematik dan dipaksa keluar daripada rumah mereka dengan kejam, dirogol dan diseksa . Di samping itu, harta mereka telah dicuri oleh kumpulan pengganas yang dianjurkan militia Kristian. Para pelarian yang melarikan diri ke negara-negara Afrika yang lain ini adalah terdiri daripada mereka yang miskin. Kesannya, tragedi ini berpotensi menyebabkan bencana kemanusiaan dahsyat. PBB telah memberi amaran bahawa 1.3 juta daripada 4.6 juta penduduk di negara ini memerlukan bantuan makanan segera. Adalah penting untuk bertindak sekarang , kerana tiada siapa yang ingin melihat satu lagi negara miskin dilanda rusuhan awam dan keganasan politik. Kepada umat Islam di CAR, pilihan mereka hanya melarikan diri atau mati dibunuh dan ketua PBB juga telah memberi amaran terhadap krisis 'pembersihan etnik-agama' di CAR ini. Kepada para pemimpin, umat Islam sejagat, badan-badan kemanusiaan dan pertubuhan dunia antarabangsa. Marilah kita bertindak sekarang sebelum terlambat ! [Dr Zainur Rashid Zainuddin] BACA JUGA: http://www.aljazeera.com/indepth/features/2014/04/muslims-car-seleka-anti-balaka-201442764926967931.html

No comments:

Post a Comment