Monday, May 5, 2014

Khasiat Daun Belalai Gajah

DAUN BELALAI GAJAH atau SABAH SNAKE GRASS atau CLINACANTHUS NUTANS sudah terbukti mampu membantu penderita penyakit KANSER, RADANG PROSTAT, MASALAH BUAH PINGGANG, KOLESTEROL, DARAH TINGGI, GOUT, DIABETES, SALURAN DARAH TERSUMBAT dan MEMBUANG TOKSIN dalam badan. Kajian mendapati ekstrak daun ini tidak mengandungi toksin. Daunnya yang kering mengandungi protein mentah > 45%, dan 17 jenis amino asid, kandungan vitamin C dan kalsium yang tinggi, serat, dan mineral seperti besi, zink, mangan, kuprum dan nikel, fosforus, kalsium, magnesium flavonoid diperlukan oleh badan. Ia merupakan agen antioksida yang baik. Cara menyediakan ramuan jus untuk PESAKIT KANSER: TAHAP 1: 30 helai 2 kali sehari. TAHAP 2: 50 helai 2 kali sehari. TAHAP 3: 100 helai 2 kali sehari, dan TAHAP 4: 150-200 helai 2 kali sehari. Untuk membuat jus daun belalai gajah, masukkan setengah @ satu cawan AIR MINERAL dalam blender. Jika suka masukkan 2 atau ketul kiub ais. Tambah satu atau setengah biji EPAL HIJAU yang dibuang kulit dan dipotong lapan, atau 1/4 biji JUS LEMON. Masukkan daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut peringkat seperti di atas. JANGAN CUCI DAUN DAN BAHAN-BAHAN JUS DENGAN AIR PAIP. Sebaiknya gunakan air mineral/kolah. Blend halus dan terus diminum tanpa ditapis untuk penyembuhan. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang. Jika badan terasa sejuk, campurkan sedikit hirisan halia. Paling cepat berkesan jika diminum waktu pagi ketika perut bosong. Begitu juga waktu petang.
Sebelum minum BACA SURAH FATIHAH 1 KALI DAN SELAWAT 3 KALI dan niat dalam hati untuk sembuhkan penyakit. Jika pesakit sudah beransur sembuh, kurangkan pengambilan daun tersebut.Ketika mengamalkan jus tersebut, hendaklah berpantang daripada makanan dan minuman tinggi kandungan gula, madu, ikan kembung, bawal,pari, daging ayam (kecuali ayam kampung), daging itik, keladi,durian, sarang burung, pulut, mentega, ginseng atau mana-mana herba lain.Untuk pemanis gunakan STEVIA. Cuba berpantang sementara waktu untuk melihat hasilnya.Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids. Selain itu daun belalai gajah boleh dibuat ubat luka. Caranya tumbuk daun sehingga lumat dan tampal pada tempat luka in sya Allah luka akan cepat kering. Untuk menyimpan daun belalai gajah letakkan dalam sebuah bekas. Apabila ada wap air pada bekas tersebut, biar ia terbuka sehingga wap air itu kering di bawah kipas angin. Kemudian tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Daun belalai gajah boleh bertahan selama sebulan jika tiada wap air.
Pokok ini mudah membiak apabila keratan batangnya dicucukkan ke tanah. Untuk mengelakkan serangan penyakit, makanlah daun ini sebagai ulaman harian. Kadang-kadang pokok yang kita tanam itu diserang kulat dan kutu. Bagi menghapuskannya, semburkan pokok dengan semburan penghapus perosak semula jadi. Kumpulkan kulit-kulit bawang merah, bawang putih bersama-sama dengan cili api yang sering kita gunakan di dapur. Blend semua bahan-bahan ini sehingga halus, masukkan ke dalam penyembur dan semburkan ke seluruh pokok. Mudah, kan?

2 comments:

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser . pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

    Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

    ReplyDelete