Tuesday, May 6, 2014

Khasiat Daun Cekur Manis

Daun pokok cekur manis yang baru dipetik mengandungi banyak provitamin A karetinoid. Juga kaya dengan kandungan vitamin B, C protein dan galian. Khasiatnya semakin tinggi dalam daun yang tua. Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun setelah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran. Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu yang menyusukan anak. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

No comments:

Post a Comment