Monday, May 19, 2014

Dari Kanister Gas Ke Pot Semaian

serenemaklong.blogspot.com
Pokok-pokok bunga telah ditanam di West Bank, Palestin sebagai tanda kemenangan mereka menuntut tanah milik mereka berjaya dikembalikan selepas pertempuran di mahkamah untuk pembinaan tembok Aparteid Israel . Seorang nenek yang merupakan seorang pekebun Palestin yang kreatif telah menggunakan beratus-ratus kanister gas pemedih mata sebagai pot semaian pokok-pokok bunyanya. Kanister gas pemedih mata yang telah digunakan oleh tentera Israel untuk menembak atau meleraikan demonstrasi menentang penjajahan Israel ini telah dikumpulkan semula oleh nenek ini untuk mencipta sebuah ‘Taman Kemenangan’ yang sangat memukau pengunjungnya. Israel sering mendakwa bahawa tembok halangan yang besar ini diperlukan untuk melindungi orang awam tetapi pada hakikat sebenarnya ia adalah topeng kepada percubaan untuk menjajah tanah Palestin secara sistematik. Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar.... SUMBER: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2441997/Palestinian-gardener-uses-spent-tear-gas-canisters-PLANT-POTS.html

No comments:

Post a Comment