Tuesday, May 6, 2014

Gugurnya Trio Terakhir

PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital.
Jenazah Allahyarham Datuk Aziz Sattar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana.
Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalan kalangan orang yang beriman.Amin."walaupun rupamu tidak kukenal,tetapi,lubang hidungmu,tetap menjadi pujaan hatiku."Antara dialog yang diingat sampai sekarang.

No comments:

Post a Comment