Wednesday, May 28, 2014

Haram DNA Babi vs Duit Haram

serenemaklong.blogspot.com
1. Cadbury yang ada logo halal rupanya ada DNA babi. Hukum: DIMAAFKAN bagi yang termakan, tidak perlu cuci darah dan sertu. 2. Rasuah diambil untuk beri projek. Hukum : Duit HARAM & tiada yang ter'rasuah' 3. Duit kopi diambil dek kerana jawatan untuk memudahkan kelulusan Hukum: Duit HARAM. 4. Menipu quotation untuk memenangkan yang kurang layak. Hukum: Duit Haram 5. Menaikkan Harga - Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya. Hukum: Ia adalah haram sepakat ulama. 6. Tuntutan Palsu: Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas. Hukum: Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu. 7. Duit riba yang diambil untuk pinjaman perumahan, kereta, kad kredit, peinjaman peribadi dll. Hukum: HARAM malah lebih besar dosanya berbanding sengaja makan daging babi, bukan hanya DNA babi. [BACA LANJUT DENGAN DALIL DI: http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/597-duit-free-a-untung-atas-angin-yang-.html DAN: http://zaharuddin.net/kewangan/702-cukup-dahsyat-tapi-sudah-sedarkah.html]

No comments:

Post a Comment