Thursday, May 1, 2014

Khasiat Buah Kedondong

e="clear: both; text-align: center;">
Antara khasiat buah kedondong- Kandungan zat gizi yang utama dalam buah kedondong adalah unsur gula dalam bentuk sukros yang penting untuk daya tahan tubuh. Kandungan serat dan airnya cukup tinggi dan bermanfaat dalam melancarkan buang air besar serta mencegah kekurangan air dalam tubuh. Selain itu manfaat buah kedondong yang lain adalah untuk mengatasi cirit birit. Gunakan lebih kurang 15 gram kulit batang kedondong segar yang telah dicuci bersih. Lalu dipotong kecil-kecil dan rebus dengan 2 gelas air selama 15 menit. Tunggu sampai suam tapis dan air diminum 2 kali sehari. Buah kedondong mengandungi lemak, protein dan karbohidrat dalam jumlah yang rendah....jadi ia sesuai untuk mereka yang sedang menjalankan program diet untuk menurunkan berat badan. Pilih buah kedondong yang muda kerana kandungan buah kedondong yang muda sangat tinggi serat dan air. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin] P/S: Buah kedondong muda boleh mengawal tekanan darah rendah dengan cara ambil 5 biji dan kisar, ambil airnya dan minum 2 kali seminggu ...in sha Allah. Pucuk muda dibuat ulam dan daunnya juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merebus 60 helai daun dan rebus minum, airnya.

No comments:

Post a Comment