Wednesday, May 28, 2014

Mesej Tersirat Di Sebalik Seruan Azan

serenemaklong.blogspot.com
Azan bermaksud pemberitahuan. Ia juga diberi nama "nida' al-Haq", iaitu "Panggilan Ilahi", atau seruan Allah Yang Maha Benar. Abdullah bin Abbas (sepupu dan sahabat Rasulullah) pernah menangis sewaktu azan berkumandang. Malah airmata beliau membasahi serbannya. Urat-urat leher beliau kelihatan membengkak. Matanya kemerah-merahan. Beliau menjelaskan bahawa seandainya si Muslim menyedari tujuan mesej yang terkandung dalam seruan (kata-kata) azan, ia tidak akan merasa selesa dan tidak akan tertidur sewaktu azan. Malah mereka akan bersegera memenuhi panggilan azan tersebut. Kata-kata azan mengandungi makna tersirat. Renungkanlah wahai orang yang punya kepekaan tinggi pada seruan azan. Allah memberi darjat yang tinggi di sana nanti. Pada setiap kali azan berkumandang amatilah makna yang tersurat dan tersirat. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment