Monday, May 5, 2014

Kekerasan Dalam Rumahtangga

Pada suatu ketika, ramai para isteri datang menemui isteri Rasulullah SAW mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka... Apabila Rasulullah SAW mengetahuinya, Baginda pun bersabda maksudnya: "SESUNGGUHNYA RAMAI WANITA DATANG MENEMUI ISTERIKU MENGADU MENGENAI SUAMI MEREKA... SESUNGGUHNYA SUAMI KEPADA WANITA ITU BUKANLAH ORANG YANG TERBAIK DARIPADA KALANGAN KAMU." (Hadis riwayat Abu Daud)..... ISLAM MELARANG SAMA SEKALI KEKERASAN DALAM RUMAH TANGGA.... Rasulullah SAW memberi ingatan dengan sabda bermaksud: "MENGAPA ADA LELAKI DI KALANGAN KAMU YANG SUKA MEMUKUL isterinya seperti memukul seorang hamba, PADAHAL DIA AKAN MENYETUBUHI ISTERINYA itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad)....
Rasulullah SAW memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik... Rasulullah SAW sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain... Sifat seperti ini, turut menimbulkan rasa hormat isteri terhadap suami... Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati... Bagaimanapun ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan PUNTUNG ROKOK, yang dibuang merata-rata, dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya....
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERINYA adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. JANGAN KAMU PUKUL ISTERIMU pada bahagian muka. JANGAN KAMU KELUARKAN PERKATAAN YANG JAHAT DI HADAPANNYA iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri, kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud).... MENGATAKAN PERKARA BURUK TERHADAP ISTERI adalah sebahagian sikap buruk yang perlu dielakkan oleh suami... Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi... PERKATAAN BURUK yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu PENDERAAN MENTAL.... Isteri yang selalu DIHERDIK, DIHINA DAN DIMARAHI akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami.... Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar, AKAN TERLEPAS DARIPADA RAHMAT ALLAH DAN MENANGGUNG KERUGIAN di dunia dan di akhirat.... Wallahu a'lam.....GAMBAR HANYA HIASAN. [USTAZ RAMLI JONED]

No comments:

Post a Comment