Wednesday, May 14, 2014

COMANGO

COMANGO ialah nama singkatan bagi “The Coalition of Malaysia NGOs in the UPT Process” atau “Gabungan NGO Malaysia dalam Proses UPR”. Ia adalah satu entiiy haram yang mengakwa diangotai 54 “NGO” di mana hanya 12 pertubuhan sahaja yang berdaftar. COMANGO telah mengemukakan tuntutan melampau untuk member imej buruk dunia antarabangsa ke atas Malaysia dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013.
Sebanyak 65 tuntutan telah dikemukakan oleh COMANGO kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ‘United Nation Human Rights Council, (UNHRC) untuk dibahaskan. Antara yang melampau ialah: 1. PERENGGAN 1 yang menuntut Malaysia menandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa. 2. Menuntut supaya Malaysia menerima hak-hak berlandaskan SOGI - Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBT(Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, Inter-sexed & queer-persons) Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditumbullkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Maknanya mereka menuntut supaya negara kita menghalalkan seks songsang! Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO tidak setuju pusat-pusat Gay diserbu pihak berkuasa. Maknanya mereka mahu gejala seperti ini berleluasa. 3. Malaysia juga dipaksa tunduk kepada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberi kebebasan mutlak kepada mereka yang mengamalkan amalan seks songsang. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat. Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia.
4. PERENGGAN 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. 5. PERENGGAN 6.8 berkaitan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “Racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. 6. PERENGGAN 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi.”
7. PERENGGAN 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia . Di antaranya termasuk isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian. 8. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah , Qadyani dan lain-lain ajaran sesat menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam, kononnya berpunca dari sikap kelompok Sunni di Malaysia yang menindas fahaman atau mazhab lain. 9. Hak seorang ibu atau bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia. 10. Mempertikaikan pengharaman buku “Allah Kebebasan dan Cinta” yang bukan sahaja sarat dengan kesesatan dan penyelewengan agama bahkan menyeru supaya fahaman Islam ditentang dan diperangi.
SENARAI NGO DALAM COMANGO IALAH: 1.Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), 2. Christian Federation Malaysia (CFM), 3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), 4. Association of Women with Disabilities Malaysia, 5. Seksualiti Merdeka (SM), 6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem), 7. Centre for Independent Journalism (CIJ), 8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer), 9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC), 10. All Women’s Action Society (AWAM), 11. Amnesty International, Malaysia, 12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, 13. Association of Women’s Lawyers (AWL), 14. Childline Malaysia, 15. Community Action Network (CAN), 16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS), 17. Dignity International, 18. Foreign Spouses Support Group (FSSG), 19. Good Shepherd Welfare Centre, 20. Health Equity Initiatives (HEI) , 21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), 22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), 23. Justice For Sisters (transgender), 24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS), 25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), 26. KLSCAH Civil Rights Committee, 27. Land Empowerment Animals People (LEAP), 28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET), 29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI), 30. Malaysian Physicians for Social Responsibility, 31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), 32. Migration Working Group (MWG), 33. Indigenous and Peasant Movement Sarawak (PANGGAU), 34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS), 35. Protect and Save the Children (PS The Children), 36. PT Foundation, 37. People’s Service Organisation (PSO), 38. Perak Women for Women Society, 39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT), 40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur, 41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), 42. Rainbow Genders Society (RGS), 43. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO), 44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS), 45. SIS Forum (Malaysia) Bhd/Sisters in Islam (SIS), 46. Tenaganita, 47. Voice of the Children (VOC), 48. Writers Alliance for Media Independence (WAMI), 49. Women’s Aid Organisation (WAO), 50. Women’s Centre for Change, Penang (WCC), 51. Yayasan Chow Kit, 52. Young Buddhist Association, Youth Section, 53. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section, 54. Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA). [DAKWAH # isu MAC/APRIL 2014]

No comments:

Post a Comment