Sunday, May 25, 2014

Khasiat Susu

Kalsium dalam susu membantu pembentukan tulang yang kuat serta gigi yang sihat dan mengelakkan osteoporosis, hipertensi dan kanser kolon.Protein merupakan sumber bekalan asid amino yang seimbang dan menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot. Vitamin A untuk penglihatan, pertumbuhan badan, mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik. • Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh. Thiamin (Vitamin B1) yang boleh larut dalam air, membantu tubuh menukar karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproses untuk menghasilkan tenaga. Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D dalam susu yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang. Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia juga penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan. Zink diperlukan untuk aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan sistem imun kita. Riboflavin (Vitamin B2) merupakan vitamin larut dalam air dan ia membantu tubuh memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

No comments:

Post a Comment