Friday, March 7, 2014

Takutnya Iblis Pada Alim Yang Tidur

Jika disuruh memilih, Iblis lebih suka ibadah solat yang dilakukan oleh mukmin yang bodoh daripada mengganggu tidur orang yang alim dan berilmu. Pengakuan Iblis itu disampaikan kepada Rasulullah SAW. Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW hendak memasuki masjid, Beliau melihat iblis sedang berada di pintu masjid. Iblis itu tampak gusar dan ragu antara masuk masjid dan tidak. Maka Rasulullah SAW pun bertanya,"Wahai Iblis, apa yang sedang kamu lakukan di sini?" tanya Rasulullah SAW. "Aku hendak masuk masjid dan merosakkan solat orang itu. Tetapi aku merasa takut pada si alim yang sedang tidur di situ," kata iblis sambil menunjuk kepada orang itu.
Rasulullah SAW bertanya lagi,"Wahai Iblis, mengapa engkau takut terhadap orang yang sedang tidur dan tidak takut kepada orang yang sedang solat dan bermunajat kepada Allah?" Lantas Iblis membuat pengakuannya, "Ya Rasulullah, orang yang sedang solat tersebut adalah orang bodoh, dia tidak tahu syarat hukumnya soalat, tuma'ninah, dan tidak boleh solat dengan khusyuk. Sedangkan orang yang sedang tidur itu adalah orang yang alim, maka jika aku merosakkan solat si bodoh itu, aku khuatir dia akan membangunkan orang yang sedang tidur itu dan kemudian meminta dia membetulkan solat si bodoh tadi."
Oleh kerana itu Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tidurnya orang alim itu lebih baik daripada ibadahnya orang yang bodoh." Dalam kesempatan lain, Rasulullah SAW juga bersabda,"Orang tersebut telah dikencingkan syaitan di kedua telinganya." Hal ini disampaikan oleh Rasulullah SAW dan ditujukan bagi orang yang tidur semalam suntuk tanpa mengingat untuk solat di malam harinya. Subhanallah...Ya Allah,Ampunilah semua dosa-dosa kami, baik sengaja atau pun tidak, berkahilah kami, ramahtilah kami, berikanlah kami hidayah-Mu agar kami senantiasa dekat kepada-Mu hingga akhir hayat.Aamiin ya Rabbal'alamin [Ustad Yusuf Mansyur]

No comments:

Post a Comment