Tuesday, March 11, 2014

Bergurau Jangan Terkufur

BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP. Antara contoh-contoh dialog yang boleh menyebabkan jatuh kufur secara tidak sedar adalah: 1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sikit dari nabi. (jatuh kufur) 2- Tak payahlah simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, berselerak je muka aku tengok. (jatuh kufur) 3- Zaman nabi mana ada Gillette, sebab tu ada jambang. (jatuh kufur) 4- Hudud dah tak sesuai zaman ni. (jatuh kufur) 5- Senyumlah sikit, muka masam dah macam malaikat mungkae nankir dah aku tengok. (jatuh kufur) 6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kufur) 7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah. (jatuh kufur) 8- Erm.. kalau murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kufur) 9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kufur) 10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundurlah negara kita ni.. (jatuh kufur)
"BARANGSIAPA MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie. CATATAN: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yang kuddus, selawat serta zikir - pesanan kepada semua dan juga diri sendiri.
SITUASI BEGINI BOLEH MENYEBABKAN SYIRIK KECIL: 1) Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah". (SYIRIK KECIL). 2)Azlie bertanya kp[ada Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad menjawab, "Dah, semalam." Boleh jadi syirik dalam setiap percakapan secara tidak sedar. Dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. Ilmu untuk dikongsi bukan untuk dijual beli. [SUMBER: RANCANGAN 'USRAH' di TV 9]

No comments:

Post a Comment