Wednesday, March 12, 2014

Suami Unggul Suami Tunggul

serenemaklong.blogspot.com
Suami adalah pemimpin keluarga dan sendi dalam rumah tangga yang menentukan hala tuju dan keselamatan orang bawah jagaannya. SUAMI UNGGUL: • Memberi nafkah zahir iaitu keperluan asas seperti tempat tinggal, makan minum, perubatan dan pakaian, juga nafkah batin iaitu menunaikan keperluan seks isteri menurut syarak dan kasih sayang. • Memberi didikan agama secukupnya kepada isteri supaya dapat mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan isteri yang solehah. • Memberi layanan yang baik dengan sikap lemah lembut, pengasih dan ramah mesra kepada isteri. • Mengurus rumah tangga bersama-sama dengan isteri seperti menjemur kain, memasak dan lain-lain. • Menghubungkan silaturahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak secara menziarahi keluarga ketika susah dan senang. • Hebat di tempat kerja dan hebat di rumah. Setia kepada isteri. • Meraikan isteri dengan sentiasa menjaga perasaan dan pandai menambat hati isteri. • Menjaga dan prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan anak-anak.
SUAMI TUNGGUL: • Malas bekerja, tanggungjawab di rumah diabaikan. • Membiarkan isteri bersendirian mengurus rumah tangga dan anak-anak. • Tidak berperanan sebagai suami dan sering mencari keseronokan di luar. • Tidak menghiraukan perasaan isteri. • Cuai dan acuh tidak acuh dengan kebajikan anak-anak dan membiarkan mereka hidup bebas dan liar. • Lari dari cabaran rumah tangga dan membiarkan isteri menyelesaikan masalah itu. • Mempunyai ego yang tinggi dan enggan mengakui kesilapan sendiri.
UBAH SIKAP jika benar-benar hendak memanjangkan hayat rumah tangga. Selagi ada kesempatan, berilah nafas baru kepada kehidupan berumah tangga supaya sentiasa segar. Dimulakan dengan niat yang betul, hantarlah isyarat kepada isteri bahawa kasih sayang kepadanya tidak berbelah bagi. Ucapkan kata-kata yang lembut dan indah diiringi dengan tindakan sebagai pembuktian yang nyata. Jangan hirau cakap-cakap orang selagi kita masih berada atas landasan kebenaran dan hidup berpaksikan syariat. Sesungguhnya kita memburu reda Allah dan bukan reda manusia. Moga dengannya akan lahir anak soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa sebagai pewaris. Hasilnya, ibu bapa beruntung, tenang, damai dan berbahagia di alam sana.

No comments:

Post a Comment