Sunday, March 16, 2014

Penghinaan Dari Allah S.W.T

Dato Dr Harun Din mahu kita kembali kepada cara hidup islam....Sistem islam...Kembali kepada Allah...Insaflah kita sedang diuji Allah... Air di empangan makin kurang.3/4 malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh kapal and pesawat cari pun tidak jumpa. Allah mengajar manusia bahawa ilmu kita sangat sedikit berbanding ilmu Allah. Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta,masih tidak mampu hendak menulis kalimah Allah..apatah lagi ilmu-Nya. Quran melarang makan dan minum yang haram...maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah turunkan bala. MH370 menjadikan malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya. Majoriti manusia tidak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali kepada-Nya..pohon maaf..insaf. bila 3, 4 hari tidak jumpa baru hendak ingat Allah..baru hendak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca "Innalillahi wainna ilaihirojiuun" sewaktu awal-awal peristiwa berlaku. Kata Dato Dr. Harun Din kata cuma Saudi Airline dan Brunei yang baca doa perjalanan sebelum penerbangan. Kenapa kita tidak berserah pd Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di Malaysia, ramai orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tak ada orang islam menghalang...hingga satu dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita...Lihatlah dengan mata hati...Itu penghinaan Allah pada kita. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment