Sunday, March 16, 2014

Serik Dengan Cara Hidup Liar

SALAH satu sebab mengapa bekas model Felixia Yeap, bertekad menutup aurat dan mengenali agama Islam adalah kerana dia serik melihat kawan-kawannya asyik bergelumang dadah,mabuk dan parti liar. Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri sendiri.Dia ingin orang muda mengambil iktibar dari kejadian konsert liar yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini. Kenyataan itu dipetik dari akaun Facebook miliknya. Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah berlebihan ketika berhibur di Konsert Future Music Festival Asia yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27. Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM. Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran itu hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana masalah keselamatan. [MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI/SINAR HARIAN]

No comments:

Post a Comment