Wednesday, March 12, 2014

Kenapa Kelemahan Tidak Boleh Dibincangkan?

USTAZ DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN merasa sedikit pelik dengan sebahagian orang kita yang kononnya SIMPATI tahap kelas A kepada mangsa MH370, sehingga seolah berkabung dan hanya boleh berdoa serta memaksa semua orang lain untuk DIAM DARI membicarakan tentang hal berkaitan dengan MH 370 ini, contohnya jika ada yang - menyebut hal imigresen yang terlepas pasport palsu, - kelemahan agensi berita media yang bersimpang siur, - keliru kualiti bacaan radar kita, - bincang tahap efisyen pasukan penyelamat dan cadangan meningkatkannya, - kelemahan jurucakap yang buat kenyataan kerana bercanggah, - bincang kelemahan pengurusan dalaman MAS sendiri mungkin, - Fikir tentang kos tambahan yang bakal ditanggung MAS disebabkan kehilangan ini dan lain-lain.
Yang bercakap DITUDUH tidak hormat, tidak ada sensitiviti dll. Padahal ahli keluarga di Beijing sendiri sangat marah sehingga membaling botol pada staff MAS. Adakah mereka tidak hormat diri mereka sendiri? Padahal, apa yang diceritakan TIDAK SESEKALI bermaksud TIDAK HORMAT keluarga atau gerakan pencari dan penyelamat dll. Malah sebahagiannya adalah tanda peduli dan perkongsian buah fikiran dan idea yang mungkin belum difikir oleh pihak berwajib. Al maklum mereka sedang sangat sibuk. Itulah sebenarnya sebahagian rintihan ahli keluarga yang dikongsi oleh pembaca awam yang inginkan yang terbaik dan kualiti.
Tidak perlu juga kita menyuruh orang mencadang buat kerja itu dan ini pula, sedang itu bukan tugasnya. Semua kita bebas mencadang dan beri pandangan untuk kebaikan bersama ASAL TIDAK memaki hamun. Berbeza kalau ada yang mengutuk kru, juruterbang atau penumpang yang masih hilang, itu baru TIDAK HORMAT. Perlu berfikir dengan objektif BUKAN pukul rata. Tiada salahnya membincangkan dan memberikan cadangan membina dan keluhan dalam beberapa hal berkait MH370 bagi menambah efisyen pihak berwajib dan agar peristiwa ini TIDAK BERULANG.
Berdoa dan simpati TIDAK SEMESTINYA, senyap dan hanya berdiam diri melihat kelemahan dan membiarkan masyarakat antarabangsa meratah imej negara kita. dan TIDAK SEMUA yang komen dan beri cadangan ada MUSLIHAT POLITIK PEMBANGKANG, kecuali dia ahli politik. Ramai yang kerap naik kapalterbang. Justeru tidak mahu peristiwa ini BERULANG.

No comments:

Post a Comment