Monday, March 10, 2014

Mengapa Kehilangan MH370 Dianggap Misteri?

Kehilangan pesawat MAS MH 370 (Boieng 777) dianggap suatu misteri yang belum terungkai, selepas lebih 72 jam usaha mencarinya terus buntu dan gagal. Boeing 777 adalah sebuah pesawat canggih, yang memiliki instrumen keselamatan termoden. Di antaranya pesawat ini memiliki peralatan elektronik ELT (Emergency locator transmitter) di mana apabila berlaku sebarang kemalangan seperti terhempas ke dalam laut, alat ini beroperasi secara automatik dengan segera menghantar signal kepada tiga lokasi penting. Pertama kepada 'emergency Civil Aviation' (Unit Kecemasan penerbangan awam), Kedua maklumat atau signal kepada Military 'Emergency Frequency' atau unit kecemasan tentera, dan yang ketiga signal secara automatik dihantar ke 'Emergency Frequency Search and rescue', atau unit pencari dan penyelamat.Yang peliknya ketiga-tiga unit ini tidak menerima sebarang signal kecemasan dari pesawat yang hilang itu.Selain itu tiada tanda tumpahan minyak, tiada sebarang serpihan dijumpai sepanjang kawasan pesawat itu mula dikesan terputus perhubungan dengan menara kawalan. Malahan signal dari menara kawalan juga terputus terus secara tiba tiba? Selain itu pesawat ini juga memiliki peralatan informasi yang canggih untuk segera melaporkan sebarang masalah penerbangan kepada semua menara kawalan dalam dan luar negara, secara serentak. Namun tidak satu pun menara kawalan menerima sebarang signal kecuali terputus hubungan secara tiba-tiba, seperti yang diulaskan oleh pihak berwajib dari Jabatan Penerbangan Awam di kaca TV.
Peristiwa Ini cukup memeningkan kepala semua yang terlibat dalam usaha mengesan kehilangan itu. Sudah tentulah Syarikat Boeing juga merasa cemas dengan peristiwa kehilangan ini kerana boleh menjejaskan imej pesawat keluarannya yang dikira setakat ini telah mengatasi jualan Syarikat Airbus di mana Pesawat Boeing yang tercanggih ini telah menerima tempahan melebihi 1,000 unit dari seluruh dunia. Sekarang mereka ( Syarikat Boeing) sedang melaksanakan test flight untuk pesawat terbaru 777x yang lebih changgih dari 777 yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Ini bukan pertama kali berlaku di Negara kita. Pada 1988, pesawat Skyhawk juga hilang secara tiba tiba dari pengkalan TUDM Kuantan. Juruterbangnya terus hilang bersama pesawat itu. Pihak berwajib telah mengisytiharkan kehilangan juruterbang Skyhawk, Leftenan Wahi Anuar. Pesawat Skyhawk itu dalam penerbangan ke Labuan Sabah bersama dua lagi pesawat Skyhawk. Mereka terbang seiringan merentasi laut China selatan. Seperti yang di maklumkan oleh rakan juruterbang yang selamat, mereka memasuki awan tebal bersama. Leftenan Wahi meluncur lebih dahulu ke hadapan semasa menempuh awan namun tidak kelihatan sebaik sahaja melepasi awan tersebut. Semua perhubungan terputus dan usaha mencari dan menyelamat terus gagal sehingga terpaksa diisytiharkan hilang selepas gagal mengesannya selama dua tahun. Isterinya mendapat pampasan dari syarikat insurans selepas pengisytiharan Leftenan Wahi hilang. Inilah cerita kehilangan pesawat yang dianggap cukup Misteri. Wujudkah satu lagi Bermuda triangle di Asia Tenggara selain Bermuda Triangle yang telah mencatat banyak kehilangan pesawat dan kapal laut yang merentasi kawasan tersebut...? Wallahu'alam. Sama-sama kita doakan semoga peristiwa buruk itu berakhir dengan berita baik InsyaAllah........ [ Hj Fadzir Yusuf, penulis artikel ini adalah bekas kakitangan Tentera Udara Malaysia 1975 -1990]

No comments:

Post a Comment