Monday, March 17, 2014

Rawatan Selesema Semula Jadi

Ramai ibu bertanya apa hendak dibuat bila anak di bawah dua tahun mengidap batuk dan selesema. Sebaik-baiknya, jangan beri bayi makan apa-apa ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sesuai untuk bayi. Orang dewasa pun boleh juga mencuba. 1) Sediakan minyak bawang putih. Bawang putih ini antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambil sebiji bawang putih, cucuk dengan garpu dan bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yang hangus dan lecek dengan minyak habbatussauda, atau minyak kelapa dara, minyak masak pun boleh. 2) Rawatan stim: Boleh guna air panas yang diletakkan dalam baldi atau periuk nasi atau steamer. Dalam air panas itu, titikkan minyak bawang putih tadi. Tiarapkan bayi atas riba kita dan pastikan dia dapat hidu bau wap tadi. Dalam proses ini, lagi kuat bayi menangis, lagi baik sebab kahak mudah keluar. Untuk bayi yang baru sangat lahir, pastikan mukanya jangan terlalu dekat dengan wap. 3) Tepukan percussion: Lepas selesai stim dalam 10 minit, tepuk belakang bayi dengan cara tangan “cupping” macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TIDAK KENA TULANG BELAKANG BAYI DAN PASTIKAN BERLAPIK. Tepuk di bahgian kiri dan kanan sahaja, bukan di tengah-tengah. Dikhuatiri terkena tulang belakang. Tepuk selama 5 minit setiap kiri dan kanan. Tepukan ini untuk keluarkan kahak bayi melalui hidung dan najis. Najis itu berwarna lain dan lebih likat daripada biasa. Kalau keluar sebagai hingus, sedut atau lapkan. 4) Lap peluh bayi dan peluk supaya dia tenang. Kemudian sapu minyak bawang putih pada dada, belakang dada, ubun-ubun dan tapak kaki. . Semoga bermanfaat. [Hasil perkongsian seorang ibu].

No comments:

Post a Comment